Isnin, 3 November 2008

KHASIAT LINTAH UNTUK KESIHATAN

Khasiat yang ada pada lintah untuk kesihatan ianya dipanggil "hirudin" sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah,yang terdapat dalam air liur lintah. Bahan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik industri ini wujud di negara seperti China, Thailand dan kini di Korea. Krim yang dibuat dari asas lintah juga digunakan menegangkan kulit dan memperbaiki parut. Di negara Barat juga nilai perubatan berasaskan lintah sudah dikomersilkan.