Khamis, 30 Oktober 2008
LINTAH & MANUSIA
Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia. lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinalis dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. Dikatakan, setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masaalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik. Terbukti kaedah rawatan dengan mengunakan lintah ini adalan sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerogkong tempat isapannya terdapat 3 rahang yang berbentuk seperti gergaji yang mempunyai lebih kurang 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit untuk menyedut darah dan di dapati sebanyak 15 ml darah yang di hisap. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun ( 6 bulan ). Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang di anggarkan terdapat 15 unsur, diantaranya zat yang ter kandung dalam putih telur "hirudin" yang di gunakan untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandungi "penasilin".
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan