Isnin, 3 November 2008

KHASIAT LINTAH UNTUK KESIHATAN

Khasiat yang ada pada lintah untuk kesihatan ianya dipanggil "hirudin" sejenis protein yang berfungsi menghalang pembekuan darah,yang terdapat dalam air liur lintah. Bahan yang terdapat dalam lintah boleh digunakan untuk mengeluarkan produk kosmetik industri ini wujud di negara seperti China, Thailand dan kini di Korea. Krim yang dibuat dari asas lintah juga digunakan menegangkan kulit dan memperbaiki parut. Di negara Barat juga nilai perubatan berasaskan lintah sudah dikomersilkan.

Khamis, 30 Oktober 2008

LINTAH & MANUSIA

Menurut kajian, lintah dijadikan ubat untuk merawat pesakit dan melancarkan peredaran darah manusia. lintah atau nama saintifiknya Hirudo medicinalis dikenali sebagai sumber perubatan bermula di pusat pelatih perubatan di Jerman. Dikatakan, setiap tahun kira-kira 250000 ekor lintah digunakan untuk mengatasi masaalah pendarahan dan juga digunakan dalam pembedahan plastik. Terbukti kaedah rawatan dengan mengunakan lintah ini adalan sejak abad pertengahan lagi. Pada masa itu, pesakit yang mengalami masalah pada sendi lutut akan merasa lebih selesa apabila melekatkan lintah pada luka mereka selama beberapa minggu. Kini, lintah diakui sebagai pembantu manusia. Di kerogkong tempat isapannya terdapat 3 rahang yang berbentuk seperti gergaji yang mempunyai lebih kurang 100 gigi kecil. Mengambil masa selama 30 minit untuk menyedut darah dan di dapati sebanyak 15 ml darah yang di hisap. Darah tersebut sudah cukup untuk menampung hidupnya selama setengah tahun ( 6 bulan ). Dalam air liur lintah mengandungi zat aktif yang di anggarkan terdapat 15 unsur, diantaranya zat yang ter kandung dalam putih telur "hirudin" yang di gunakan untuk melicinkan perjalanan darah dan ia juga mengandungi "penasilin".

Rabu, 29 Oktober 2008

HUKUM MENTERNAK LINTAH

Jawatankuasa Fatwa ( JKF ) Majlis Kebangsaan Bagi kali ke-81 pada 31 Mach 2007 telah memutuskan bahawa hukum menggunakan lintah dan cacing dalam perubatan dan kosmetik adalah diharuskan. Berjual beli atas dasar manfaat yang diperolehi daripada kedua-dua haiwan tersebut juga adalah harus oleh Islam

Sumber : http://www.islam.gov.my/portal/lihat.php?
jakim=3110

Jumaat, 17 Oktober 2008

Sabtu, 20 September 2008

MENJUAL INDUK LINTAH & PERALATAN MENTERNAK

Kami membekal / menjual induk lintah ternak pada harga rm2.00, juga menjual makanan lintah @ baja kolam lintah dgn harga rm10.00 per 2 kg, dan juga EM-A iaitu diguna utk merawat kolam lintah.
Kami juga memberi hikmat nasihat / petua-petua dan tip utk menternak kepada sesiapa yg melanggan terus dgn kami.

Sila hubungi: Faizal= 017-4302308 / email faizalyop7@gmail.com.my
Farid = 012-5301905
Alamat kami: Kampung Seri Rahmat,
Lahat,perak.

TELOR LINTAH BERBENTUK COCOON